Cepatnya masa berlalu..Masa dan tahun sering bersilih ganti. Selamat tinggal tahun 2008 dan selamat datang pula tahun 2009. Pada tahun 2008, pelbagai dugaan dan cabaran yang terpaksa ditempuhi namun alhamdulillah semua liku-liku itu dapat di atasi dan diharungi dengan penuh kesabaran.
Antaranya, tension dengan pelbagai kerenah pensyarah bagi memuaskan ati mereka dalam menyiapkan assignment yang diberi, dapat menyaksikan angin gelora dan sedikit pertelingkahan di antara rakan-rakan kelas, untuk mendapat kata sepakat daripada satu kelas ataupun sesama ahli kumpulan masing-masing bukannya mudah dan perang mulut juga tercetus serta macam-macam lagi la insiden yang berlaku di saat-saat akhir semester kami di Fakulti Komunikasi & Pengajian Media, Uitm Shah Alam. Namun begitu, terdapat juga banyak kenangan manis pada tahun 2008. Kami sekelas banyak meluangkan masa bersama maklumlah kami tahu selepas tamat belajar bukan mudah lagi kami dapat berkumpul semua lagi. Kami mengunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk pergi karaoke, lepak, berjalan-jalan, beriadah, bergosip, bergelak tawa dan sebagainya. Kini, setelah tamat belajar masing-masing membawa haluan jalan sendiri. Susah untuk berjumpa dan berkumpul ramai-ramai lagi seperti dulu. Apakan daya itu lah lumrah kehidupan yang terpaksa di lalui oleh semua orang. Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Hanya kenangan yang akan terpahat dan dikenang bersama pensyarah dan rakan-rakan yang saya kenali selama 5 tahun di Uitm. "Masscommers dan Uitm tetap di hati ku sentiasa".
Selain itu, keluarga saya juga terpaksa melalui hari-hari yang sedih dan duka dimana abang saya putus tunang di saat masa lagi sebulan lebih sahaja hari pernikahannya tiba. Ia cukup memberi kesan yang cukup mendalam kepada seluruh ahli keluarga dan saudara mara saya dalam menerima berita itu kerana sudah banyak persiapan yang telah dilakukan. Setiap hari saya terpaksa memendam perasaan tatkala melihat abang yang hanya mampu menyimpan perasaan sedihnya seorang diri. Melayan lagu-lagu kecewa dan sedih sambil menyanyi dan bermain organ. Hati adik mana yang tidak tersentuh melihat abang tersayang dalam keadaan kemurungan dan kedukaan. Itulah dikatakan jodoh. Kita hanya mampu merancang tapi tuhan yang tentukan semuanya. Kita sebagai manusia hanya mampu redha dan terima dengan hati yang terbuka walau susah untuk menerima hakikat sebenarnya. Namun, kita pegang bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya. Walaubagaimanapun, keluarga saya kembali ceria dan gembira dengan berita yang abang saya bawa bahawa beliau kini mempunyai penganti. Bagi saya sekeluarga penganti abang ini seorang yang baik, sederhana dan yang penting saya dapat lihat teman baru abangni cukup menyayangi abang dan dapat menjaga abang kelak. Tuhan Maha Adil. "Orang baik untuk orang yang baik".Alhamdullilah. Saya doakan abang akan bahagia hingga ke akhir hayat bersama dengan Kak Zaza. Amin.
Saya sendiri juga tidak dapat lari daripada masalah. Hmm, biasalah masalah cinta. Ada pasang surutnya. Kadangkala bahagia..Kadangkala berduka...Adat bercinta..Manada manusia yang sempurna. Pasti akan ada kesilapan dan kesalahan yang dilakukan. Saya ini pula kalau sudah menyayangi dan mencintai orang hati saya akan tertutup untuk orang lain. Saya seorang yang serius dan begitu komited dalam sesebuah perhubungan. Ntahlah saya tak paham hubungan saya dengan si dia yang saya kenali 2 tahun ni. Bukan mudah kita nak paham orang dan bukan mudah orang nak paham kita juga. Saya begitu kecewa dan sedih hubungan yang saya bina musnah begitu sahaja. Segala kenangan manis, pahit, kongsi segala suka dan duka punah dengan mudah. Tiada masalah yang tiada penyelesaian. Tapi si dia yang sukar untuk dibawa berbincang seperti ingin lari daripada masalah. Mula-mula saya begitu sukar untuk menerima perpisahan ini. Jiwa kacau, kemurungan, menangis tak terkata, kesedihan tak terhingga...Namun, kini alhamdulillah saya dapat menerimanya sedikit demi sedikit. Itupun atas dorongan mama, daddy, abang, adik dan rakan-rakan baik. Saya dengan si dia masih berhubungan baik dan kadangkala ada berjumpa. Kami tidak bermusuhan atau berdendam. Saya tahu we are still feel to each other tapi ego yang menebal dalam diri masing-masing. Dua-dua sudah penat dan letih asyik bergaduh jerr biler sentiasa bersama. Mungkin dengan cara ini memberi kami masa untuk berfikir apa yang baik dan buruk serta dapat pikir kelemahan diri. hmm, macamni la kita serahkan pada Allah s.w.t. Ada jodoh takkan kemana.
Tatkala munculnya tahun baru setiap individu pasti akan ada azam baru. Begitu juga dengan saya yang menanam azam dan angan-angan pada tahun baru 2009. Saya baru sahaja tamat belajar dan keputusan peperiksaan baru sahaja dapat. Alhamdullilah saya lulus semua subjek. Walaupun saya tidak berapa berpuas ati dengan keputusan itu namun syukur saya dapat selesai menamatkan pembelajaran saya dalam Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Perhubungan Awam) selama 2 tahun. Tahun 2009 pasti begitu banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa saya tempuhi dan hadapi. Namun, Insyaallah akan saya hadapinya dengan senyuman :) Dengan ura-ura mengatakan ekonomi pada tahun 2009 akan meleset. Jadi, ini merisaukan saya dan rakan-rakan saya yang kini sedang memburu pekerjaan. Harapan saya moga saya dan rakan-rakan yang lain akan mendapat pekerjaan yang baik dan stabil. Saya juga mengharapkan kehidupan saya sekeluarga dalam keadaan yang baik, diberikan rezeki yang murah dan sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya.
Saya juga mendoakan moga Allah memberi saya sekeluarga kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan akhirat. Mudah-mudahan tuhan memberi keberkatan dan kerahmatan lagi kepada saya pada tahun yang lepas dan tahun baru yang mendatang ini. Amin. Saya juga berazam untuk membeli sebuah kereta hasil titik peluh saya sendiri dan saya juga ingin memberi sedikit duit gaji saya kepada kedua ibu bapa saya dan abah mak sebagai mengenang jasa mereka dan kasih sayang mereka yang tidak bersyarat terhadap saya selama 23 tahun. Saya juga berharap saya akan menjadi wanita yang solehah, dihormati, dan dihargai. Selain itu, saya ingin menjadi wanita yang kuat dari segi mental dan fizikal serta tabah dan sabar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh pancaroba.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2009. Hadapilah tahun 2009 dengan tenang dan sabar. Jangan mudah melatah dan mengalah dengan masalah yang akan mendatang. Dugaan yang diberi kepada kita adalah kerna Allah ingin melihat sejauhmana hambaNya dapat menerimanya dengan penuh kesabaran. Allah hanya menguji kepada hamba yang Dia sayang. Oleh itu, redha dengan apapun yang bakal menimpa kita kelak.

10 comments:
ya, bahasa yang anda gunakan jarang digunakan oleh remaja zaman sekarang. Syabas kerana dapat merangkumkan seluruh tahun 2008 dengan kata2. Walaupun ringkas, namun dapat mengimbau hampir seluruh sapek kehidupan yang dilalui. Gaya bahasa sangat baik. Jadi saya bagi anda 'A'. Hahaha.. =P SelamatTahun Baru 'Hafi'..
yeker cuak?tq ats pujian anda kepada saya ;) so, fiza leh buat satu novel tak suatu hari nnt?hehehe.
hehe.
lame xupdate babe.
bz cr keje kaa?
bz p holiday??
hahha
yaa..
goodbye 2008..
welcome 2009..
all d best babe..
kalo nk kawen tu jgn lupa jemput k ;)
mwaaahh!!
gilala bm kekasih.
to Karen: keja tuh tak bz sgt la mencari lagi..dok rehat kan diri sambil menembamkan diri lagi..hehe.
to Haikal: mengong punyer haikal..hehehe
wah... menggunakan Bahasa iBunda..
hehehe....
tp rumusan awak dh leBih dr 120 pth perkataan....
point2 yg lain semua dh kene Cut...
heheheehe....
aper yg i Bleh CKp...
hopefully... ur dream this year will Come to life....
let faCe it together whether it hard or very2 hard...
hehehehe....
hehehe.thanks pojie..gudluck and all the best to u too my fren.hope u achieve what u want in ur life ok ;)
Hi there wan... wah ramai yang panggil you fiza yek... tatkala membrowse blog mama masscom yang tercinta, yang mengajar i di semester 1 ni, terjumpa pulak blog you... so here i am just dropping by to read and entertain myself with you story, banyak ni leh belajar ngan 'senior2' masscom.. anyway gud luck in your kerjaya... all the best k gurl... see ya..
tq tashreeq...:) all da best in wateva u do..if anything u nak taw about masscomm just give me a call or sms k..take care dear
Post a Comment